Butiran Peribadi
Simpan maklumat diri, sejarah kesihatan, maklumat berkaitan kanser serta butiran pasukan rawatan di satu tempat.
Kisah Kanser Kita
Dapatkan buku Teman perjalanan peribadi anda
Wahai pejuang kanser, buku ini untuk kalian
Satu ruang yang tenang khusus untuk menyimpan maklumat rawatan, temu janji, ubat-ubatan dan perkara penting sepanjang perjalanan kanser.

Apabila terlalu banyak perkara perlu diingati
Tarikh rawatan, nama ubat, keputusan ujian, soalan untuk doktor dan apa yang anda rasakan. Diari ini membantu anda menyusun catatan sepanjang rawatan agar mudah dirujuk.
Satu halaman untuk setiap keperluan
Bukan sekadar helaian kosong. Setiap bahagian memberikan panduan yang jelas tentang perkara yang perlu dicatat supaya anda lebih bersedia.
“Sebuah diari untuk menulis apa yang berlaku.”



7 bahagian dalam buku
Daripada butiran peribadi hingga perbelanjaan rawatan, setiap bahagian disusun mengikut tujuan tertentu supaya maklumat mudah dicatat dan dirujuk semula.
Simpan maklumat diri, sejarah kesihatan, maklumat berkaitan kanser serta butiran pasukan rawatan di satu tempat.
Catat tarikh, tujuan lawatan serta keputusan ujian, termasuk laporan patologi dan ujian darah.
Rekod jenis rawatan, ubat, kesan sampingan serta soalan dan jawapan daripada pasukan perubatan.
Luahkan perasaan menerusi tulisan, kongsikan pengalaman dan kekuatan diri sepanjang proses rawatan dan pemulihan.
Simpan maklumat hubungan penting, perkhidmatan sokongan dan sumber berguna untuk pesakit serta penjaga.
Catat dan susun tarikh rawatan, janji temu serta perkara penting dalam perancangan bulanan.
Catat kos rawatan, resit dan tuntutan perubatan supaya urusan kewangan lebih mudah disusun dan dirujuk.
Petikan kata-kata daripada buku
“Setiap yang dicatat bukan sekadar cerita, tetapi bukti bahawa kita terus bertahan dengan izin-Nya.”
“Setiap catatan ialah doa yang ditulis dengan harapan dan kekuatan.”
“Dalam setiap langkah yang sukar, menulis ialah cara kita menyerahkan dan menguatkan hati kepada-Nya.”
“Di sebalik setiap rekod, tersimpan harapan, doa, dan kekuatan untuk terus sembuh.”


Direka untuk kegunaan sepanjang rawatan
Saiznya mudah dibawa. Ikatan Wire-O membolehkan buku dibuka rata, manakala pembahagi berwarna memudahkan anda mencari bahagian yang diperlukan. Halaman petikan juga boleh ditanggalkan dan dijadikan poster kecil.
Daripada pejuang, untuk pejuang
Kisah Kanser Kita berkongsi kekuatan, panduan dan sokongan agar para pejuang kanser tahu bahawa mereka tidak pernah bersendirian.
Wajah di sebalik Kisah Kanser Kita.Dr Duratul Ain (Pejuang Kanser Payudara sejak 2013)
Untuk siapa buku ini?
Untuk pesakit, penjaga serta rakan dan ahli keluarga yang ingin memberikan sokongan secara lebih teratur.
Ruang peribadi untuk mencatat, merancang dan menyimpan maklumat rawatan di satu tempat.
Membantu menyusun temu janji, ubat-ubatan dan perkara penting sepanjang penjagaan.
Hadiahkan buku ini kepada rakan taulan atau saudara-mara yang baru didiagnosis menghidap kanser dan bakal menjalani rawatan.
Soalan lazim
Jawapan ringkas untuk membantu anda membuat keputusan.
Tempah melalui Yezza
Diari dan Rekod Rawatan Kanser menghimpunkan maklumat penting di satu tempat yang mudah dibawa dan dirujuk.
RM69 sebuah
